fbpx

Cabaran Kecergasan Fizikal bakal diadakan KL Wellness City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancaran Cabaran Kecergasan Fizikal oleh KL Wellness City Sdn. Bhd. yang akan berlangsung di KL Wellness City, Bukit Jalil pada 11 Disember ini.

PETALING JAYA – KL Wellness City Sdn. Bhd. akan menganjurkan Cabaran Kecergasan Fizikal yang akan berlangsung di KL Wellness City, Bukit Jalil pada pada 11 Disember ini.

Acara yang julung-julung kali diadakan itu merupakan cabaran kecergasan yang terdiri daripada laluan halangan CrossFit yang mempunyai tahap kesukaran yang berbeza.

Larian berhalangan dibahagikan kepada tiga kategori umur (Junior untuk 16 – 29 tahun, Terbuka untuk 30 – 44 tahun dan Master untuk 45 tahun dan ke atas) dan terbuka kepada para peserta lelaki dan wanita.

Pengarah Urusan KL Wellness City, Datuk Dr. Colin Lee berkata, matlamat utama acara itu adalah untuk mewujudkan sebuah platform yang menyatukan para atlet tempatan dan antarabangsa serta para peminat sukan daripada lingkungan umur 16 hingga 70 tahun.

Menurutnya, untuk memenangi cabaran ini, pelumba perlu menghabiskan larian sejauh lima kilometer dan merentasi lima halangan yang akan mencabar kekuatan dan daya tahan fizikal mereka.

“Salah satu daripada lima cabaran ini ialah membawa pemberat 10 kilogram (kg) ke titik yang seterusnya. Kekuatan stamina dan ketabahan para pelumba juga akan diuji menerusi aktiviti plank selama dua minit, merangkak di bawah kawat duri dan melakukan 50 ‘burpee’.

“Untuk cabaran terakhir, para pelumba perlu berendam di dalam air sejuk untuk menguji ketahanan mental dan kesungguhan untuk menamatkan cabaran,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Colin Lee berkata, pihaknya percaya  cabaran kecergasan fizikal itu akan lebih mendorong masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mampan.

“Statistik daripada para peserta industri mendapati, rakyat Malaysia kini lebih mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan mereka sejak pandemik, dengan dua daripada lima rakyat Malaysia kini mula bersenam dengan lebih kerap.

“Di KL Wellness City, kami berpendapat bahawa aktiviti senaman fizikal di tempat terbuka adalah cara yang berkesan untuk memupuk individu supaya lebih peka tentang kesejahteraan dan kesihatan mereka, “ujarnya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara tersebut, ikuti laman Facebook KL Wellness City @klwellnesscity. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN