fbpx

MK K-Clique nikahkan kakak dengan kawan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MK kelihatan segak sebagai wali yang menikahkan kakak sendiri, Hawa dengan kawan baiknya Fareed K-Clique.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon, MK K-Clique bersyukur melunaskan tanggungjawab sebagai wali kakaknya, Siti Hawa Hamdan yang selamat dinikahkan dengan sahabat baiknya, Fareed Saddi, kelmarin.

MK atau nama lengkap Hairi Amin Hamdan mewakili bapanya, Hamdan Abdul Razak untuk menikahkan pasangan tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, Sabah.

Lebih manis, hari bahagia kakaknya yang memilih rakan seperjuangan MK dalam K-Clique itu bersamaan dengan sambutan ulang tahun ibu MK.

“Assalamualaikum, di hari yang mulia ini kita menjadi saksi dua insan Allah. Semoga Allah memberkati kedua-duanya.

“Semoga Allah memberikan darjat dan melimpahkan rahmatnya serta membuka pintu ilmu buat kita semua.

“Dan sesungguhnya cinta terhadap Allah SWT membawa kita semua ke syurga. Terima kasih kepada semua yang hadir, semoga kita semua pun menuju ke syurga yang indah. Insya-Allah,” kata MK.

Dengan sekali lafaz, anggota kumpulan K-Clique itu sah bergelar suami kepada Siti Hawa.

Menariknya, sebelum akad nikah berlangsung, Fareed yang juga adik kepada penyanyi Sabhi Saddi tampil ke pelamin melamar wanita pilihan yang mesra disapa Wawa.

“Adakah sudi kamu mengahwini saya dan sedia untuk saya bimbing kamu ke jannah,” tanya Fareed.

Soalan tersebut dijawab Siti Hawa yang ditemani ibu MK dengan memberi balasan ringkas; “Insya-Allah.”

Sementara itu, MK yang pulang sehari sebelum majlis pernikahan turut dilihat bergegas pulang ke Kuala Lumpur semalam.

Difahamkan majlis resepsi pasangan terbabit bakal berlangsung pada Disember depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI