fbpx

Lori bawa muatan sisa kayu terbabas, sesak lebih 5km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tular lori muatan sisa kayu yang terbabas dan terbalik di Kilometer 264.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh, Ipoh hari ini. - Foto MEDIA SOSIAL

IPOH – Sebuah lori membawa muatan sisa kayu terbabas dalam kejadian di Kilometer 264.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh di sini hari ini.

Kejadian sekitar pukul 7.45 pagi itu turut menyebabkan kesesakan trafik lebih lima kilometer (km) apabila laluan ke selatan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan.

Difahamkan, kemalangan berlaku selepas lori dalam perjalanan dari Kedah ke Ipoh itu hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik masuk ke dalam parit di kiri lebuh raya.

Kemalangan itu menyebabkan serpihan kayu berterabur di atas laluan hingga menyebabkan trafik terhenti.

Pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 26 dan 33 tahun cedera ringan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada pukul 8.15 pagi memberitahu semua lorong arah selatan terhalang dan pengguna lebuh raya dilencongkan ke susur keluar Plaza Tol Kuala Kangsar atau menggunakan laluan alternatif lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI