fbpx

Jokowi dakwa kadar inflasi negara semakin baik walaupun harga minyak naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas mengisi minyak ke dalam kenderaan pengguna di stesen minyak Abdul Muis, Jakarta. - Liputan6

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) berkata bahawa kadar inflasi di Indonesia masih terkawal walaupun selepas kenaikan harga bahan api iaitu di bawah paras 5.9 peratus, lapor laman berita Kompas semalam.

“Kadar inflasi dalam negara kita masih dalam situasi terkawal biarpun selepas kenaikan harga bahan api.

“Ini adalah salah satu perkara yang kita perlu syukuri dalam situasi ekonomi dunia yang semakin gawat,”kata Jokowi pada persidangan ‘Investor Daily Summit’.

Beliau membandingkan inflasi Indonesia dengan Argentina yang mencecah 83.5 peratus dengan kenaikan kadar faedah 3,700 mata,  manakala perubahan kadar faedah di Indonesia hanya 75 mata asas.

Menurut Jokowi, inflasi boleh dikawal kerana pemerintah bukan sahaja bekerja secara makro, berbeza dengan negara lain,  yang menurutnya hanya menaikkan kadar faedah.

“Kami (pemerintah) bukan sahaja bimbang dengan kenaikan kadar faedah yang menjadi kuasa Bank Pusat Indonesia tetapi dalam amalan sebenar, kami juga pergi terus kepada puncanya iaitu kenaikan barangan dan perkhidmatan,” kata Jokowi.

Beliau berkata, pemerintah pusat telah memberi kuasa kepada pentadbiran wilayah untuk menggunakan dana pemindahan am dan perbelanjaan yang tidak dijangka bagi mengurangkan inflasi.

Antara lain, dana tersebut  boleh digunakan untuk membayar kos pengangkutan komoditi makanan dari kawasan pengeluaran supaya harga jualan di pasaran tidak banyak berbeza dengan harga jualan petani.

Jokowi mendakwa bahwa strategi itu telah dilaksanakan oleh pentadbiran wilayah dan berjaya mengurangkan inflasi.

“Carilah negara yang bekerja dengan sangat terperinci seperti kita dan bank pusat mesti mengawal makro. 

“Sebab itu anggaran kenaikan inflasi akibat pelarasan bahan api semalam dikira pada 6.8 (peratus) dan jatuh kepada 5.9 (peratus)” tegasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI