fbpx
SIMPLE SHIDA memenangi pelbagai anugerah dalam bidang e-buku.

Simple Shida mahu lahirkan lebih ramai penulis e-buku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETIDAKTENTUAN ekonomi global susulan konflik geopolitik yang berlarutan ketika ini telah memberi kesan langsung kepada kos sara hidup.

Situasi ini telah mengubah gaya hidup masyarakat, apabila semakin ramai memilih untuk mengurangkan pergerakan dan bekerja dari rumah.

Langkah kerajaan yang membenarkan sebahagian kakitangan awam bekerja dari rumah turut mempercepatkan peralihan kepada norma kerja fleksibel.

Perubahan itu membuka ruang kepada orang ramai untuk meneroka sumber pendapatan alternatif yang boleh diusahakan dari rumah.

Salah satu bidang yang semakin mendapat perhatian adalah penulisan e-buku (e-book) yang bukan sahaja mudah dihasilkan, malah berpotensi menjana pendapatan secara digital tanpa memerlukan kos operasi tinggi.

Nurul Ashidah Johari atau lebih dikenali sebagai Simple Shida adalah seorang individu yang giat menghasilkan e-buku.

SIMPLE SHIDA menunjukkan salah sebuah buku tulisannya yang memberi bimbingan bagi penulisan e-buku.

Wanita berusia 44 tahun itu juga tampil sebagai figura aktif dalam memperkasakan masyarakat dalam bidang penulisan e-buku.

Sebagai Pengasas Intouch Training & Consultancy serta berjawatan Executive Master Advisor di Master Shiro Global Academy (MSGA), dia telah berjaya melahirkan lebih 1,000 alumni menerusi bengkel diadakan.

Kelas yang dikendalikan secara dalam talian dan bersemuka itu telah berjaya menarik minat peserta dari lebih 20 buah negara.

Menurut lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia itu, minat terhadap penulisan telah bermula sejak zaman pengajian apabila dia aktif menulis blog berkaitan kehidupan, kekeluargaan dan isu semasa.

“Pada awalnya, saya hanya menulis sebagai hobi dan untuk mengisi masa lapang.

“Namun, apabila mendapat maklum balas positif daripada pembaca, saya mula melihat potensi besar dalam dunia penulisan digital,” katanya kepada K-Wanita.

Terbaharu, dia baru sahaja melancarkan lima e-buku termasuk 30 Menu 30 Hikmah Hajah Rosni Adom, Lestari Sespa (Siri Serarap) ditulis Saliza Abdul Rahim, Remaja Cool (Ruhiza Ab Rahim), From the Village to Buckingham Palace o(Dame Matron Dr. Ramziah Ahmad) serta 6 Hari Kembara Campervan Selandia Baru (Nazhatulshima Nolan).

Meneruskan perkongsian, perjalanan anak kelahiran Melaka itu dalam bidang e-buku bermula selepas menyertai bengkel anjuran Master Shiro Global Academy yang dibimbing oleh mentornya, Hasrul Taufek Roslan kira-kira sedekad lalu.

Melalui pendedahan teknik dan kaedah penulisan sistematik, Simple Shida berjaya menghasilkan e-buku perdananya bertajuk, 7 Langkah Tulis E-book Mudah & Cepat dalam tempoh singkat.

Simple Shida (duduk, dua dari kiri) merakam kenangan bersama penulis e-buku di Majlis Pelancaran E-Buku
di platform MSGA dan Perhimpunan Icon Ladies MSGA 4.0 di Kuala Lumpur
baru-baru ini.

Kejayaan tersebut menjadi titik tolak kepada penghasilan lebih 20 buah e-buku antaranya Ukhuwah Luar Biasa, 33 Idea Melimpah Tulis E-book, Suri Master E-book dan 44 Rahsia Tulis E-book

Cepat Siap yang dipasarkan melalui platform digital miliknya.

Dalam situasi ekonomi semasa yang mencabar, dia melihat e-buku sebagai salah satu solusi praktikal bagi menjana pendapatan dari rumah.

“E-buku tidak memerlukan modal besar. Bersandarkan ilmu dan strategi yang betul, sesiapa sahaja boleh mula menulis dan menjana pendapatan,” ujarnya.

Tambahnya, e-buku mempunyai kelebihan sebagai bahan bacaan digital yang boleh diakses melalui telefon pintar, komputer riba dan tablet, selain menawarkan kandungan yang ringkas, mudah difahami serta interaktif.

Sebagai Certified Trainer E-book, dia juga aktif mengendalikan bengkel dengan objektif membuka minda masyarakat bahawa penulisan bukan sesuatu yang rumit dan mustahil.

“Ramai yang merasakan menulis itu sukar. Hakikatnya, semua orang ada cerita dan ilmu untuk dikongsi.

“Perkara paling penting adalah minat, kesungguhan dan tindakan,” ujarnya.

Menariknya, peserta bengkel kendaliannya terdiri daripada pelbagai latar belakang profesional termasuk doktor pakar, pensyarah, guru, usahawan, jurulatih, pempengaruh serta ahli korporat.

Penyertaan turut diterima dari negara luar seperti Jerman, Emiriyah Arab Bersatu, Mesir, Singapura, Brunei, Jordan dan Turkmenistan.

Berkat kesungguhannya dalam industri buku digital, dia telah berjaya menerbitkan lebih 50 e-buku dan muncul sebagai MSGA Champion, Top Income Sales E-book mulai tahun 2021 hingga 2024.

Simple Shida turut mempunyai alumni penulis dalam talian lebih daripada 880 orang dan lebih 4,900 peserta secara bersemuka setakat Januari tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN