fbpx

Aman Ra tamatkan zaman duda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMAN RA berkongsi khabar bahagianya menerusi Instagram, semalam.

PETALING JAYA – Selepas lebih setahun menduda, penyanyi rap, Aman Ra kini kembali kembali bergelar suami orang apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya.

Berita gembira tersebut dikongsi pemilik nama sebenar Aman Jamaluddin itu menerusi Instagram, semalam.

“Assalamualaikum, dengan rendah hati saya ingin berkongsi selesai sudah majlis akad nikah kami.

“Doakan yang terbaik dan terima kasih atas segala sokongan,” tulisnya ringkas pada hantaran berkenaan.

Walau tidak memperincikan mengenai hari berbahagia serta identiti isteri, penyanyi Bangun itu turut menyertakan gambar mereka di atas pelamin.

Difahamkan, wanita yang berjaya menakluk hatinya itu dikenali sebagai Amira Hani. merupakan kakak kepada cef selebriti popular, Anis Nabilah.

Sementara itu, di ruangan komen ramai pengikut akaunnya termasuk rakan artis meninggalkan ucapan tahniah.

Tidak kurang juga memuji kecekapan penyanyi berusia 35 tahun itu menyembunyikan hubungan cinta mereka hingga selamat disatukan.

“Bergerak dalam diam, tahniah,” tulis seorang pengikut.

Antara rakan selebriti yang menzahirkan kegembiraan atas peralihan statusnya kepada gelaran suami semula adalah Zizan Razak, Zynakal dan Amir Masdi.

Terdahulu, Aman Ra pernah mendirikan rumah tangga dengan Natiqah Rahmat namun sah bercerai pada 5 Ogos tahun lalu selepas lebih setahun melafazkan cerai secara taklik.

Perkahwinan tersebut dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa, 4 dan Tuah Khalifa yang kini berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI