fbpx

Penonton GV ‘hentam’ siaran langsung Astro Gempak di YouTube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai penonton GV 2022 kurang senang apabila siaran langsung menerusi YouTube Astro Gempak lebih memfokuskan tayangan belakang pentas berbanding persembahan peserta.

PETALING JAYA – Lebih 50,000 penonton Gegar Vaganza (GV) 2022 mengikuti rakaman siaran langsung Astro Gempak di YouTube bagi menyaksikan persembahan peserta-peserta GV malam ini.

Namun, ramai yang tidak senang dengan pengurusan pihak Astro Gempak apabila lebih memfokuskan tayangan di belakang pentas berbanding persembahan peserta.

“Kami nak tengok peserta menyanyi, bukan keadaan belakang pentas. Sembang merapu sahaja, baik tak payah buat ‘live’ kalau nak bagi kami dengar pengacara bersembang kosong,” luah Aizat.

“Orang nak tengok persembahan artis, bukan dengar membebel. Apa benda Astro buat macam ini, kasihanlah pada kami yang tak ada Astro di rumah, tak boleh nak tengok di televisyen,” kata Nor Shihah.

“Kan dah terlepas persembahan, masa juri komen baru nak tunjuk kejadian atas pentas, semaklah,” luah Khairulnizam.

“Artis manalah yang Astro Gempak buat ‘live’ nyanyi ini, tak sedap, kami nak Shila Amzah, Bob, bukan mereka itu,” komen Haniff. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI