fbpx

Jangan tunggu, cari jalan bukan alasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YA, masa tak menunggu kita. Sekejap saja sudah masuk Oktober, apa nak ditunggu lagi?

Saya faham cabaran dihadapi ramai usahawan bila berlakunya kenaikan kadar dasar semalaman, inflasi, kos bahan mentah, kelulusan pinjaman yang lebih ketat dan lain-lain.

Secara tak langsung, ia menyebabkan kos operasi naik dan keuntungan pula mengecil.

Tapi bila nak naikkan harga, dilihat kuasa membeli pengguna semakin berkurang.

Apa langkah seterusnya? Cari jalan, bukannya alasan.

Bagi yang tahu dan ada ilmu, mereka akan guna cara dan strategi untuk naikkan kembali margin.

Bukan boleh naikkan harga begitu saja, apakah justifikasi ia dinaikkan?

Contohnya, anda perlu beri nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan ditawarkan agar ia dapat memberikan lebih manfaat kepada pelanggan.

Umpama menjual sebiji burger. Jika burger daging biasa harganya sekitar RM3, namun burger special tambah telur harganya akan bertambah, apatah lagi bila diletak keju. Setuju?

Namun, semua ini perlu ada pengiraannya, untuk menetapkan harga yang tepat buat produk atau perkhidmatan berdasarkan kos sebenar.

Dalam masa sama, usahawan kena kawal kos perbelanjaan dan operasi. Lihat balik, apa yang perlu dan tak perlu dibelanja supaya lebih bersedia menghadapi saat-saat krisis yang dijangkakan makin teruk.

RichWorks ada menyediakan bimbingan khusus bagi usahawan mengenal pasti kos dan harga yang tepat.

Kami ada program Urus Bisnes yang terdiri daripada kelas mengurus kos, duit, cukai dan gaji. Usahawan yang mengikutinya akan belajar bukan sahaja teori, malah praktikal supaya bisnes mereka lebih sistematik dan teratur.

Ia akan memudahkan perjalanan operasi dalam memastikan bisnes dapat terus berkembang dan menjana keuntungan.

Nasihat saya juga kepada usahawan ialah pertama sekali, anda perlu ‘faham dan tahu’ apa yang berlaku ketika ini.

Bila usahawan itu sendiri sedar, baru mereka akan cari jalan dan melihat apa lagi yang boleh dilakukan. Mereka juga perlu ambil strategi yang lebih agresif dalam tempoh masa ini.

Saya akan kongsikan dengan lebih mendalam kepada bangsa usahawan ketika program 10X Bina Bisnes Berjaya pada 28-30 Oktober ini.

Jangan lepaskan peluang ini sebab ia mungkin kelas umum terakhir saya buat anda.

Hal ini kerana saya akan lebih fokus kepada usahawan pada tahap expansion, selain memenuhi komitmen sebagai ahli lembaga pengarah Managepay Systems Bhd. (MPay).

Tapi anda boleh direct WhatsApp saya di talian khusus di sini. Ia salah satu inisiatif saya bersama RichWorks untuk menyokong bangsa usahawan dalam situasi mencabar ini.

Tanya soalan bisnes anda, insya-Allah saya bersama sokongan RichWorks akan menjawabnya. Saya juga akan berikan ‘hadiah’ khas untuk mereka yang bertanyakan soalan nanti.

Sebelum akhiri tulisan minggu ini, saya ucapkan salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Moga kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW dapat terus ditingkatkan dengan mengikuti segala sunnah dan petunjuk yang diajar baginda.

POPULAR