fbpx

Pemandu Alza langgar lampu isyarat kena saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan sebuah kereta melanggar lampu isyarat merah.

REMBAU – Tindakan saman telah dikenakan ke atas pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang tular melakukan kesalahan trafik di persimpangan lampu isyarat Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau, di Jalan Seremban-Tampin, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pemandu lelaki berusia 24 tahun itu berjaya dikesan pada hari sama di Seremban kira-kira pukul 9.51 malam.

Menurutnya, pemandu yang juga pekerja kilang berkenaan disaman sebanyak RM300 bagi kesalahan melanggar lampu isyarat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ujar Hazri lagi, kes disiasat di bawah Kaedah 17 LN 167/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Semalam, Kosmo Online melaporkan tular sebuah video di media sosial yang memaparkan sebuah kereta Perodua Alza memandu secara melulu serta melakukan kesalahan trafik.

Polis mengesan video tular berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.30 pagi Jumaat dan menerusi video itu mendapati kenderaan MPV tersebut datang dari arah Seremban menghala ke Tampin.

Sebaik sampai di tempat kejadian, MPV berkenaan telah memotong sebuah kenderaan di garisan berkembar sebelum bergerak dalam keadaan lampu isyarat masih merah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI