fbpx

Lelaki AS manusia pertama disahkan alami alahan makan sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesakit ini menderita alahan misteri ini selama 17 tahun sebelum disahkan menghidap alergi histamin. - Daily Mail

WASHINGTON – Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) menjadi manusia pertama di dunia yang disahkan mengalami alergi terhadap sayur-sayuran, laporan portal berita MailOnline kelmarin.

Lelaki berusia 36 tahun itu akan mengalami ruam merah, gatal dan kesakitan serius setiap kali dia makan sayur seperti tomato dan terung.

Gejala alergi itu memuncak dalam masa lima jam selepas dia makan sayur dan  kembali semula selang tiga hingga enam minggu kemudian, malah pernah juga berlarutan selama dua minggu.

Pesakit itu menderita selama 17 tahun dalam keadaan sedemikian sebelum dia akhirnya disahkan menghidap alahan yang teruk dan diberikan pelan hidangan khas oleh pakar kesihatan.

Doktor berkata, dia adalah pesakit pertama yang diketahui secara konsisten akan mengalami reaksi alahan teruk dalam fasa yang berbeza selepas makan makanan tertentu.

Selain sayur-sayuran, lelaki itu juga akan mengalami alahan teruk jika menikmati hidangan piza, makanan laut, keju, wain dan beberapa jenis daging.

Gejalanya akan bermula dengan loya, keletihan yang melampau, demam, kurang selera makan dan kadangkala muntah.

Tidak lama selepas itu, dia akan mendapat ruam merah meliputi bahagian leher, dada, lengan dan peha. 

Simpton alergi tersebut bia­sanya berkurangan dalam masa 24 hingga 36 jam.

Gejala lain seperti kekejangan perut, sakit tekak dan cirit-birit turut dikesan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI