fbpx

AS beri pembebasan kepada banduan yang dipenjara kerana memiliki ganja dalam kuantiti kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pentadbiran Biden dalam langkah membenarkan penggunaan dan pemilikan ganja di bawah undang-undang persekutuan. - Leafly

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan akan memberi pengampunan ke­pada beribu-ribu orang yang didapati bersalah kerana memiliki ganja di bawah undang-undang persekutuan, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Keputusan itu mewakili langkah pertama Biden ke arah membenarkan pemilikan ganja dalam jumlah kecil.

“Menghantar pesalah ke penjara kerana memiliki ganja telah mengorbankan terlalu banyak nyawa.

“Situasi itu sebelum anda menangani isu ketidaksamaan antara kaum berhubung proses pendakwaan dan sabitan. Hari ini, kami membetulkan kesilapan ini,” kata Biden di laman Twitter.

Pengampunan Presiden itu akan diberikan kepada kira-kira 6,500 banduan yang bersalah kerana memiliki ganja dari tahun 1992 hingga 2021 serta ribuan yang lain kerana kesalahan memiliki ganja di Daerah Columbia, kata beberapa pegawai AS.

Biden turut mengarahkan Peguam Negara, Merrick Garland untuk mengeluarkan sijil pengampunan kepada rakyat AS yang layak.

Sijil sedemikian boleh membuka peluang pekerjaan dan perumahan kepada rakyat AS yang sebelum ini disabitkan atas kesalahan memiliki  ganja.

Beliau juga merancang untuk menggalakkan gabenor ne­geri memberi pengampunan kepada penduduk yang disabitkan kesalahan memiliki ganja.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa meskipun peraturan mengenai ganja berubah di pe­ringkat negeri dan Persekutuan, kerajaan masih mengekalkan batas mengenai penjualan ganja kepada individu bawah umur,” ujar Biden.

Kata Biden, pentadbirannya akan menyemak semula sama ada ganja harus kekal sebagai dadah berbahaya.

Langkah baharu Biden itu bertentangan daripada  pandangan beliau mengenai ganja.

Biden menentang penggunaan ganja  pada tahun 2010 dan menyatakan bahawa tindakan  ‘menghalalkan ganja’ adalah satu kesilapan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI