KOTA KINABALU – Bekas pengarah Jabatan Air Sabah, Ag Mohd Tahir Mohd Talib dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 96 tahun membabitkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM45 juta, 10 tahun lalu.
Keputusan itu diputuskan Mahkamah Rasuah ke atas lelaki berusia 63 tahun itu hari ini.
Ag Mohd Tahir turut dikenakan denda keseluruhan RM284.3 juta dan sekiranya gagal membayar denda, beliau boleh dipenjara 78 bulan.
Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Ag Mohd Tahir bersalah atas kesemua pertuduhan yang dihadapinya.
Terdahulu, isterinya, Fauziah Piut, 61, serta bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, Lim Lam Beng, 72, masing-masing dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan yang dihadapi.
Sementara itu, mahkamah melepaskan Ag Mohd Tahir dan isterinya atas dua pertuduhan bersama berkaitan pengubahan wang haram.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar Sabah dan Kuala Lumpur antara 4 Oktober hingga 4 November 2016 dan 13 Oktober hingga 8 November 2016 di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001.
Kes rasuah berkenaan merupakan kes rasuah terbesar Sabah sekali gus menarik perhatian kerana sudah berlangsung selama hampir sedekad. – KOSMO! ONLINE
Bekas pengarah Jabatan Air Sabah dipenjara 96 tahun
- Oleh IVAN AMIRUL
- 19 Mei 2026, 4:37 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Tiada gangguan, sembilan jam lagi empat rakyat Malaysia sampai Gaza
19 Mei 2026, 4:55 pm

Bantuan Budi Madani Diesel RM300 sebulan dikekalkan, interim RM100
19 Mei 2026, 4:10 pm

Myanmar libas regu sepak takraw negara
19 Mei 2026, 3:34 pm

Bekas Pengarah Jabatan Air Sabah didapati bersalah kes pengubahan wang haram
19 Mei 2026, 3:18 pm

Siew Ki, Ronnie Liu disaran hayati Rukun Negara – Sultan Selangor
19 Mei 2026, 2:32 pm

‘Memang saya rindu Lisa, ini antara fasa berat’
19 Mei 2026, 2:16 pm

Malaysia dipaksa mandi peluh sebelum ke final
19 Mei 2026, 2:05 pm

Ibu tunggal parah ditikam di leher jalani pembedahan 10 jam
19 Mei 2026, 1:45 pm






