fbpx
Sani Araby pada sidang akhbar perkembangan terkini GSF 2.0 SNCC, Sepang hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Anwar gerak usaha diplomatik bantu bebas rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang menggerakkan usaha diplomatik dalam usaha membantu membebaskan 25 rakyat Malaysia yang diculik Israel ketika menyertai misi Global Sumud Flotila (GSF).

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, ketika ini, Anwar sedang berhubung rapat dengan negara Eropah seperti Turkiye dan Sepanyol dalam membantu usaha pembebasan itu.

“Perdana Menteri memaklumkan sedang berhubung dan bekerjasama rapat dengan para pemimpin negara-negara Eropah termasuk Turkiye, Sepanyol dan lain-lain bagi memastikan semua aktivis ditahan rejim dibebaskan segera melalui usaha diplomatik.

“Kami mengecam tindakan pemintasan dan penculikan ini sebagai perlakuan lanun, bacul dan jelas melanggar undang-undang antarabangsa khususnya UNCLOS.

“Ia juga merupakan pencabulan serius terhadap prinsip kebebasan misi kemanusiaan yang dilaksanakan di perairan antarabangsa,” katanya pada sidang akhbar di SNCC di sini hari ini.

Katanya, SNCC menegaskan semua aktivis mesti dilindungi daripada sebarang bentuk penderaan, penganiayaan atau pelanggaran hak asasi serta tidak boleh dikenakan sebarang tindakan tidak berperikemanusiaan.

Terdahulu, 25 rakyat Malaysia daripada 350 aktivis GSF telah diculik Israel ketika berada di perairan antarabangsa sejak semalam.

Difahamkan, mereka kini ditempatkan di ‘penjara atas air’ selain tidak dapat disahkan lokasi akan dibawa seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN