fbpx
Rumah ibu tunggal yang parah ditikam di leher oleh kenalan lelaki di Taman Wira, Mergong dilihat sunyi dan tidak berpenghuni hari ini.

Ibu tunggal parah ditikam di leher jalani pembedahan 10 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Ibu tunggal yang parah ditikam pada leher oleh kenalan lelaki kini ditidurkan selepas menjalani pembedahan selama 10 jam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

Menurut kakak mangsa, adik perempuannya itu selamat menjalani pembedahan yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 7 malam.

“Buat masa ini adik ditidurkan untuk membolehkan dia berehat dan menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB,” katanya ketika ditemui di Kampung Berjaya di sini hari ini.

Katanya, dua anak mangsa kini dijaga ahli keluarga di rumah tersebut.

“Itu sahaja yang kami boleh kongsikan. Kami belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan berkaitan kejadian ini.

“Selepas ini saya akan ke hospital bagi menguruskan segala urusan berkaitan adik,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan di rumah mangsa berusia 35 tahun di Taman Wira, Mergong mendapati tiada sesiapa di rumah tersebut.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, dia tidak pernah berbual dengan mangsa, namun sering melihat wanita itu keluar dari rumah termasuk menghantar anak-anaknya ke sekolah.

“Wanita itu tinggal di rumah tersebut bersama anak-anaknya. Memang tiada sesiapa di rumah kerana keluarganya yang lain tinggal di rumah berasingan.

“Memang terkejut bila tahu dia kena tikam dalam kereta. Bila tengok gambar tular di media sosial, kami cam kereta Mazda merah itu memang kereta mangsa,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HSB.

Kosmo! semalam melaporkan cinta tidak berbalas atau cemburu menjadi punca seorang ejen hartanah berusia 32 tahun menikam leher ibu tunggal hingga parah di dalam sebuah kereta di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas malam kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 9.19 malam itu, mangsa berusia 35 tahun ditikam menggunakan senjata tajam seperti pemutar skru atau alat pemecah ais yang menembusi bahagian kiri hingga kanan leher wanita tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN