fbpx

Warga emas 78 tahun nikahi gadis 18 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rashed bergambar bersama Halima di hari pernikahan mereka. - SaoStar

MANILA – Sepasang pengantin baharu di Filipina baru-baru ini tular di media sosial kerana mempunyai jarak perbezaan usia sebanyak 60 tahun, lapor laman berita Suara.com. 

Menurut laman berita SaoStar, pesara petani bernama Rashed Mangacop, 78, berkahwin dengan cinta pertamanya dengan perbezaan usia 60 tahun.

Pengantin perempuan dikatakan bernama Halima Abdullah yang kini berusia 18 tahun.

Rahed pertama kali bertemu Halima tiga tahun lalu dalam satu majlis makan malam di wilayah Cagayan.

Menurut anak saudara Rashed, Ben Mangacop, bapa saudaranya tidak pernah berkahwin atau mempunyai teman wanita sepanjang hidupnya.

Pasangan itu saling menemui cinta pertama mereka. Media Filipina memaklumkan bahawa pasangan itu sudah bercinta selama tiga tahun.

Jelas Ben, perkahwinan mereka juga tidak mendapat tentangan daripada keluarga tetapi sebaliknya disokong penuh oleh kedua-dua belah pihak.

Di bawah undang-undang Filipina, seseorang individu bawah umur 21 tahun boleh berkahwin tetapi mesti mendapatkan kebenaran ibu bapa.

Pasangan itu kini tinggal di rumah baharu mereka di bandar Carmen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI