fbpx

Liga Super: Perlawanan Negeri Sembilan menentang Kedah ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengadil perlawanan memeriksa keadaan padang yang tidak berapa baik untuk memulakan perlawanan diantara Negeri Sembilan FC, dengan Kedah Darul Aman FC, pada Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban hari ini. - FOTO/ MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Aksi Liga Super di antara Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Kedah Darul Aman FC (KDAFC) yang dijadual berlansung malam ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini ditangguhkan.

Komisioner Perlawanan, M. Elagkoven berkata, beliau membuat keputusan tersebut susulan hujan lebat yang tidak berhenti sejak petang selain air yang bertakung di permukaan padang menyebabkan perlawanan tidak sesuai dijalankan.

M. Elagkoven.

“Perlawanan Liga Super 2022 diantara pasukan NSFC dan KDAFC ditunda akibat cuaca buruk.

“Saya telah dimaklumkan oleh pengadil MFL bahawa keadaan padang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi tidak sesuai untuk memulakan perlawanan pada malam ini,” katanya ketika ditemui.

Tambahnya, perlawanan itu akan berlangsung pada hari esok (Sabtu) pukul 8.15 malam di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

NSFC kini berada di tangga keempat liga kini menjadi perlawanan tumpuan dengan mata terkumpul 35 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI