fbpx

Ismail Sabri menghadap Agong sejam di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar daripada Istana Negara selepas berjumpa Yang Di-Pertuan Agong dipercayai untuk memohon perkenan pembubaran parlimen, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Kenderaan membawa Perdana Menteri itu dilihat keluar melalui pintu utama Istana Negara kira-kira pukul 4.45 petang tadi.

Perjumpaan selama hampir sejam itu difahamkan adalah bagi menyembah maklum berkenaan mesyuarat Pra-Kabinet serta mengemukakan cadangan tarikh pembubaran Parlimen.

Sebelum itu, kenderaan dipercayai membawa Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang turut dilihat memasuki Istana Negara sekitar pukul 2.15 petang tadi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tarikh pembubaran Parlimen berkemungkinan akan dibincangkan oleh Ismail Sabri dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini.

Ismail Sabri berkata, perkara itu boleh dibincangkan sekiranya perbincangan berkaitan Kabinet dapat diselesaikan lebih awal. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI