fbpx

Phil Foden makin selesa bersama Erling Haaland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FODEN (kanan) bersama Haaland masing-masing berjaya meledak hatrik ketika membenam United Ahad lalu. – AFP

MANCHESTER – Perancang Manchester City, Phil Foden tidak sabar untuk meneruskan gandi­ngan ampuh bersama penyerang utama, Erling Haaland menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Copenhagen awal pagi esok.

Sebagai rekod, Foden dan Haaland telah mencipta sensasi tersendiri apabila saling membantu antara satu sama lain untuk meledak jaringan hatrik pada aksi derbi Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Manchester United 6-3 Ahad lepas.

Kata Foden, persefahaman dengan Haaland semakin baik meskipun penyerang antarabangsa Norway itu baru sahaja menyertai kelab The Citizens sejak berhijrah dari Borussia Dortmund pada jendela perpindahan lepas.

“Secara jujur, tahap keserasian Haaland dalam pasukan ini semakin baik daripada satu perlawanan ke satu perlawanan dan bagi peribadi saya pula, tidak sukar untuk memahami corak permainannya.

“Dia adalah penyerang yang memiliki bakat luar biasa dan kami semua cukup teruja dengan kehadirannya dalam pasukan. Sukar untuk bayangkan apa yang telah dilakukan sejak awal musim ini.

“Namun, saya yakin kami berdua akan terus bekerja keras untuk membantu antara satu sama lain kerana banyak lagi perlawanan yang perlu diharungi pada kempen musim ini,” kata pemain berusia 22 tahun itu.

Skuad City kini menguasai carta Kumpulan G selepas mengutip enam mata maksimum selepas merekodkan kemenangan ke atas Borussia Dortmund dan Sevilla pada dua aksi Liga Juara-Juara bulan lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI