fbpx

Tempoh menunggu penghasilan gigi palsu dipendekkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy hadir melakukan lawatan Klinik Pergigian Botanik pada Program Pilot Projek Percetakan 3D di Klinik Kesihatan Botanik, Bukit Tinggi, Klang, Selangor pada hari ini. - FOTO/ ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Projek Rintis Penghasilan Gigi Palsu (Denture) diharap memendekkan tempoh menunggu seseorang mendapatkan gigi palsu di klinik kerajaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ketika ini tempoh menunggu adalah lebih dua bulan dan dengan projek tersebut dapat menghasilkan lebih banyak gigi palsu dengan kadar segera.

“Menerusi projek rintis ini, penghasilan dentur (gigi palsu) dapat ditingkatkan daripada 90 unit kepada 300 unit sebulan bagi setiap klinik pergigian yang mempunyai (perisian) teknologi tiga dimensi (3D) ini.

“Projek ini bermula sejak 15 Ogos lalu sehingga 15 November ini dengan Klinik Pergigian Bandar Botanik dan Klinik Pergigian Kuala Lumpur terpilih melaksanakan projek ini,” katanya selepas melawat Klinik Pergigian Bandar Botanik, di sini, hari ini.

Bagi menjayakan pelaksanaan Proof of Concept (POC) projek itu, Khairy memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) telah menandatangani Nota Persefahaman dengan dua buah syarikat swasta.

Jelas beliau, dua syarikat terbabit menyediakan peralatan, perisian teknologi 3D serta pegawai pelatihnya yang akan mengajar pegawai kesihatan kerajaan menggunakan teknologi itu.

“Teknologi 3D ini tidak memerlukan ruang kerja yang luas kerana ia menggunakan peralatan yang minima dan bersaiz kecil berbanding peralatan di makmal konvesional.

“Perkara ini sekaligus seiringan dengan hasrat KKM yang mahu mendigitalkan perkhidmatan kesihatan, selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan KKM 2021-2025,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI