fbpx

Zionis bunuh 100 penduduk Palestin di Tebing Barat tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Palestin melempar batu ketika bertempur dengan polis Israel di Nablus, Tebing Barat pada 29 Mei lalu. - AFP

BAITULMUQADDIS – Sekurang-kurangnya 100 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur tahun ini, di tengah-tengah peningkatan besar-besaran dalam serbuan yang dijalankan Rejim Zionis, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Angka yang dikumpul oleh BBC itu termasuk serangan terbaharu ke atas seorang remaja berusia 18 tahun yang ditembak mati di Baitulmuqaddis Timur, kelmarin.

Ia berlaku seminggu selepas polis Israel menembak peluru berpandu antikereta kebal ke arah sebuah rumah di Jenin yang membunuh seorang penduduk yang dikehendaki dan tiga yang lain.

Senarai kematian tersebut adalah termasuk kumpulan bersenjata, remaja dan lelaki muda yang melempar batu serta bom petrol, orang awam tidak bersenjata, penunjuk perasaan dan aktivis yang menentang penempatan haram.

Kebanyakan penduduk ditembak mati oleh anggota keselamatan dan peneroka Israel yang bersenjata.

Ketika kumpulan-kumpulan hak asasi manusia meluahkan kebimbangan tersebut, angka menunjukkan hampir satu perlima daripada rakyat Palestin yang terbunuh merupakan golongan remaja, dengan seorang penduduk berusia 14 tahun adalah yang termuda.

Mohammad Salah, 14, ditembak mati oleh askar Israel di Tebing Barat pada Februari lalu, berhampiran dengan penghalang pemisah Israel di selatan Baitulmuqaddis.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa remaja tersebut melempar bom petrol ke arah sebatang jalan raya, namun tidak menyatakan alasan mengapa ia menggunakan senjata yang boleh membunuh remaja berkenaan.

Ahli keluarganya sebaliknya mendakwa Mohammad Salah langsung tidak berada berhampiran dengan jalan raya ketika dia ditembak.

Sementara itu, penduduk tertua yang ditembak adalah dua lelaki berusia 80 tahun dalam dua insiden berbeza. 

Satu daripada mereka, Omar Assad, meninggal dunia akibat serangan jantung selepas diikat dan mulutnya ditutup oleh polis Israel semasa menyerbu sebuah perkampungan pada Januari lalu. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI