fbpx

Suke: Pengurusan tanggung kos cucian kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan pengguna MRR2 yang terkena tumpahan minyak.

PETALING JAYA – Pihak kontraktor dan bahagian projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) sedia menanggung kos mencuci serta menggilap kenderaan pengguna jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang terkesan dengan masalah tumpahan minyak.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi ciapan di Twitter, Suke Expressway sebentar tadi.

Katanya, pihaknya telah menerima beberapa aduan daripada pengguna jalan raya MRR2 berkenaan isu tumpahan minyak di tapak pembinaan Suke berhampiran Bandar Tasik Selatan hari ini.

“Kami memohon agar mereka yang terlibat dalam insiden itu untuk menghubungi kami melalui hotline atau email untuk tindakan selanjutnya.

“Segala kesulitan yang timbul amatlah kami kesali. Terima kasih atas maklum balas anda dan kami komited dalam memastikan pembinaan baki jajaran SUKE yang masih belum siap dilaksanakan sebaik mungkin,” ciapnya.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook meluahkan rasa kecewa apabila kereta Proton Pesona miliknya menjadi ‘mangsa’ tumpahan minyak yang didakwa berpunca dari laluan Suke.

“Baru lepas lalu jalan MRR2, habis kereta kena minyak tumpah dari Lebuh Raya Bertingkat Suke, akhirnya lewat masuk kerja, punca betul,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI