fbpx
Kes kematian Chloe diklasifikasikan sebagai kemalangan. - Metro

Wanita maut dihempap almari kerana disangka pintu tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang gadis di Britain maut dihempap almari pakaian selepas membuka pintu yang disangka laluan menuju ke tandas ketika ketika terjaga di tengah malam, lapor akhbar Metro UK.

Mangsa, Chloe Haynes, disahkan maut di tempat kejadian yang berlaku sekitar pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) di Hotel Adelphi, Wales Utara.

Menurut ibunya, Nicola, Chloe pulang ke bilik hotel dalam keadaan yang agak mabuk selepas menghadiri majlis pertunangan rakannya.

“Dia pulang ke hotel agak lewat melepasi waktu tengah malam dan terus tertidur.

“Apabila tiba-tiba tersedar, Chloe mungkin sedikit keliru akibat kesan mabuk malam sebelumnya dan cuba menarik pintu almari yang disangka tandas dalam keadaan gelap,” jelasnya.

Punca kematian Chloe  adalah kerana dihempap almari di bahagian tengkuknya.

Tambah ibu Chloe, rakannya menyedari kemalangan ngeri itu apabila dia kembali ke bilik pada awal pagi.

Beberapa penginap lelaki di bilik berdekatan dilaporkan bergegas ke bilik Chloe untuk membantu menarik badannya keluar dari bawah almari, namun ia sudah terlambat untuk menyelamatkannya.

Polis Merseyside kemudiannya mengklasifikasikan kematian wanita itu sebagai kemalangan. – Agensi

POPULAR