fbpx

Rugi masa bisnes tanpa mentor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR HASLINDA berjaya melonjakkan jualan syarikat kepada RM4 juta setelah lebih setahun mendapat bimbingan RichWorks.

PARIT BUNTAR – Menjalankan perniagaan selama 10 tahun tanpa mentor adalah merugikan, kata Noor Haslinda Hashim.

Menurut pengasas AR Empire Holdings Sdn. Bhd. itu, dengan bimbingan mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman jualan yang statik dapat meningkat dengan ketara.

“Saya rasa sudah buang masa 10 tahun berniaga tanpa mentor. Selama tempoh itu, jualan syarikat hanya RM1 juta hingga RM2 juta.

“Namun baru setahun empat bulan bersama RichWorks, perniagaan saya semakin baik dan jualan meningkat kepada RM4 juta,” jelasnya.

Sebelum ini, Noor Haslinda menjalankan perniagaan sebagai personal shopper tetapi ia terhenti akibat Covid-19.

“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan, bisnes semakin teruk, jadi saya rendahkan hati untuk berguru.

“Kalau diberi peluang untuk balik semula ke masa lalu, saya nak berguru dengan mentor sejak 10 tahun lalu, bukan sekarang,” katanya.

Tambah Noor Haslinda, bimbingan mentor membuatkan usahawan lebih bersedia untuk berdepan cabaran ekonomi.

Bermula hanya berdua bersama suami, kini Noor Haslinda memiliki 15 kakitangan dan 5,000 ejen.

“Sebelum ini, saya ada masalah menguruskan team, pekerja keluar dan masuk, namun sekarang tidak lagi. Ilmu kepimpinan yang diajar amat penting dalam bisnes,” ujarnya.

Bagi yang berminat untuk menjana pendapatan dan mendapatkan produk ditawarkan, boleh ke Facebook RafaelHome.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI