fbpx

Wanita minta bayar deposit dahulu sebelum berjumpa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTHA turut meminta wang deposit bagi jaminan untuk temu janji bersama beberapa lelaki. – New York Post

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang wanita di Bandar Raya New York, Amerika Syarikat (AS) meminta wang deposit daripada pasangan temu janjinya sebagai jaminan kerana enggan ditinggalkan pada saat akhir, lapor akhbar New York Post semalam.

Sara yang bekerja sebagai seorang pekerja sosial mengaku sudah muak ditinggalkan kerana telah beberapa kali mengalami situasi tersebut.

Kejadian itu berlaku apabila seorang lelaki yang dikenalinya menggunakan sebuah aplikasi janji temu terpaksa membatalkan pertemuan mereka sejam sebelum waktu yang ditetapkan.

Sara kemudian bersetuju untuk menjadualkan janji temu bersama lelaki itu pada tarikh lain dengan syarat dia membayar wang deposit melalui aplikasi perkhidmatan mudah alih, Venmo sebanyak AS$50 (RM231).

“Saya penat membazirkan masa dan tenaga. Dalam hampir setiap temu janji, apabila seseorang menjadualkan temu janji, mereka tidak mempunyai jaminan polisi tidak hadir atau deposit keselamatan,” katanya.

Lelaki itu bersetuju untuk menghantar wang kepadanya dan mereka kemudian bertemu untuk minum. Dia memberikan tumpuan sepanjang masa, membayar minuman dan membelikan makanan untuk mereka berkongsi.

Rakan-rakan wanita Sara menyokong tindakan itu manakala rakan lelakinya  menganggapnya sebagai tidak masuk akal.

Dalam situasi berasingan, Martha Duke, 38, bertindak meminta enam deposit berjumlah antara AS$1,500 (RM6,955) hingga AS$3,000 (RM13,911) selama bertahun-tahun daripada lelaki berbeza yang ditemuinya.

Meletakkan wang deposit sebagai jaminan bagi mengelak kelakuan yang tidak diingini mampu membantu lelaki memahami kesilapan mereka dengan lebih baik, katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI