fbpx

Liga Super : TFC bergaya tewaskan Sabah 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain TFC tidak akan mensia-siakan peluang beraksi pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus Isnin depan.

KUALA NERUS – Perebutan slot ke Piala AFC musim depan semakin sengit apabila Terengganu FC (TFC) menumbangkan Sabah FC 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Kemenangan bergaya itu selain kekalahan Negeri Sembilan membantu skuad Sang Penyu melonjak ke tangga ketiga dengan hanya satu mata ketinggalan di belakang Sabah yang berada di posisi kedua.

Turun selaku tuan rumah, TFC bermula garang melalui percubaan deras Manuel Ott, namun ditepis keluar penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat untuk sepakan sudut kepada skuad Sang Penyu.

Petrus Shitembi yang mengambil sepakan itu membuat umpanan menarik yang ditanduk kemas bek tengah, Pape Diakite bagi gol pembukaan TFC pada minit ketujuh.

Sabah FC berpeluang mengikat jaringan pada minit ke-12 menerusi hantaran leret Saddil Ramdani dari sebelah kanan, tetapi tolakan Mohd. Irfan Fazail dinafikan penjaga gol TFC.

Setengah jam permainan berlangsung, TFC terus ceria setelah Nik Sharif Haseefy Mohd. Lazim mudah menyudahkan gerakan Faisal Abdul Halim bagi melebarkan kedudukan 2-0.

Kedua-dua pasukan kemudian saling bertukar serangan dengan tandukan Park Taesu (m-52) ditepis sebelum bola tolakan Kipre Tchetche (m-54) dikeluarkan Dominic Tan di atas garisan.

Nasib malang menimpa pasukan pelawat yang kekurangan seorang pemain gara-gara kad kuning kedua kepada Mohd. Rizal Ghazali yang mengasari Hakimi Abdullah ketika permainan berbaki 14 minit.

Kelebihan itu digunakan Sang Penyu untuk mempertahankan kelebihan 2-0 sekali gus menceriakan hampir 12,000 penonton dengan kemenangan berharga di laman sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI