fbpx

Piala AFC: Sabah ‘hadiahkan’ tiga mata buat PSM Makassar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA pemain Sabah, Stuart Wilkin (no. 22) dan Dominic Tan (no. 33) cuba mengekang pemain PSM Makassar, Kenzo Nambu (tengah) pada aksi di Stadium Likas, sebentar tadi. - PSM MAKASSAR

KUALA LUMPUR – Sabah seakan mula ‘simpan taring’ apabila menutup aksi Kumpulan H Piala AFC dengan kekalahan 1-3 kepada kelab Indonesia, PSM Makassar di Stadium Likas, sebentar tadi.

Walaupun gagal memastikan tiga mata, keputusan itu langsung tidak beri kesan besar kepada kedudukan The Rhinos yang sudah pun layak ke pusingan separuh akhir zon ASEAN.

Dominasi yang dipamerkan Sabah di babak pertama seakan tidak membantu apabila tuah lebih berpihak kepada PSM Makassar yang memasuki bilik persalinan dengan kelebihan dua gol.

Ketika tuan rumah begitu galak mengatur serangan, PSM Makassar terlebih dulu cipta kejutan apabila mendahului permainan pada minit ke-16 menerusi percubaan Yakob Sayuri selepas percubaan jarak jauhnya berjaya memerangkap Khairul Fahmi Che Mat di pintu gawang Sabah.

Selepas itu, bintang import Sabah, Ramon Machado dilihat beberapa kali bertindak cemerlang untuk melepaskan diri sebaliknya penjaga gol lawan, Muhammad Ardiansyah lebih pantas melakukan tugasan menyelamat.

Berpunca daripada serangan balas, minit ke-36 kedudukan pelawat makin selesa selepas tolakan yang cuba dilakukan Everton Nascimento terbias kaki Dominic Tan untuk menghadiahkan gol kedua buat PSM Makassar.

Sabah yang terdesak untuk mencari gol semangat menyambung aksi dengan cukup agresif namun Muhammad Ardiansyah dan benteng pertahanan lawan terus kebal melakukan tugasan bertahan.

Walaupun PSM Makassar mula mempraktikan lima pertahanan, minit ke-73 usaha keras The Rhinos akhirnya membuahkan hasil apabila memperoleh gol pertama menerusi Telmo Castanheira.

Disebalik keghairahan Sabah memburu gol penyamaan, tuah jelas berpihak kepada pelawat yang memperoleh jaringan ketiga menerusi sepakan penalti Nascimento pada masa kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI