fbpx

Ronaldo sudah perlu timbang persaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO dilihat berdepan kesukaran untuk menjalankan tugas sebagai penyerang ekoran faktor usia yang mengehadkan kemampuannya. – AFP

LONDON – Bekas penyerang kebangsaan Itali, Antonio Cassano meminta Cristiano Ronaldo segera bersara ketika namanya masih lagi dijulang atau berdepan risiko menjadi pemain yang sering memanaskan bangku simpanan sahaja.

Bersama Manchester United di bawah kendalian Erik Ten Hag, Ronaldo hanya merekodkan satu penampilan dalam kesebelasan utama, namun masih lagi dipanggil untuk membarisi skuad kebangsaan Portugal.

Bagaimanapun, kedudukannya dalam skuad kendalian Fernando Santos mula dipersoalkan kerana gagal menjaringkan gol termasuk ketika mereka tewas 0-1 kepada Sepanyol, awal pagi kelmarin sekaligus gagal membawa pasukan ke peringkat separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah.

Cassano merasakan Ronaldo tidak lagi mampu mencapai standard tertinggi seperti yang pernah dipamerkannya sebelum ini dan wajar untuk mempertimbangkan keputusan bersara.

“Dia sudah pun memenangi segala-galanya dan dia juga sudah mencipta fenomena. Ketika ini, Cristiano harus bantu dirinya dan cuba faham jika dia gagal berada pada prestasi terbaik, dia sepatutnya sudah boleh tamatkan kariernya.

“Berhentilah. Dia perlu berhenti atau pun hanya sekadar memanaskan bangku simpanan,” katanya.

Ronaldo kini sedang meme­gang rekod penjaring terbanyak di peringkat antarabangsa apabila merekodkan 117 gol bersama Portugal, namun Santos kini memiliki lebih banyak pilihan di barisan depan seperti Rafael Leao dan Joao Felix. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI