fbpx

Prayut kembali jadi Perdana Menteri Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prayut digantung tugas sebagai Perdana Menteri Thailand pada bulan lepas. - Coconut

BANGKOK – Bekas pemimpin junta tentera, Prayut Chan-o-cha kembali berkuasa sebagai Perdana Menteri Thailand selepas Mahkamah Perlembagaan memberi keizinan beliau menjawat semula jawatan tersebut, lapor laman berita Coconut hari ini.

Mahkamah tertinggi Thailand itu mengumumkan bahawa Jeneral Prayut yang digantung tugas pada bulan lalu boleh kembali semula sebagai Perdana Menteri iaitu jawatan yang dipegang beliau sejak 2014.

Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Udom Sitthiwirattham, Jiranit Hawanon, dan Panya Utchachon.

Dalam keputusan mereka, panel hakim berkenaan berhujah bahawa penggal Prayut  tidak bermula secara rasmi sehingga perlembagaan yang disokong tentera berkuat kuasa pada April 2017.

Berdasarkan ukuran itu, penggal lapan tahun beliau tidak akan berakhir sehingga April 2025.

Bagaimanapun,  implikasi penghakiman tersebut menyaksikan Prayut tidak dapat bertanding untuk mempertahankan kerusi Perdana Menteri dalam pilihan raya umum pada tahun depan, yang ditetapkan pada 7 Mei 2023, jika semuanya berjalan lancar.

Prayut  tidak hadir untuk mendengar keputusan itu dan tidak membuat kenyataan serta-merta.

Beliau melantik penasihatnya, Mejar  Jeneral Rojanawas untuk menggantikannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI