fbpx
PARK MIN YOUNG

Park Min-young bercinta dengan hartawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba nama pelakon cantik Park Min-young mengisi perbualan apabila dikatakan sedang hangat menjalin cinta dengan seorang hartawan.

Memetik laporan Dispatch, Min-young kini sedang bercinta dengan lelaki dikenali sebagai Kang Jong-hyun, empat tahun lebih tua daripadanya.

Jong-hyun dikatakan seorang pemegang saham utama bagi sebuah syarikat konglomerat saham terkenal di Seoul dan menetap di sebuah banglo mewah di Hannam-dong.

Mereka juga sering dilihat keluar bersama. Lebih menarik, Min-youn dan Jong-hyun dilaporkan sudah pun bertemu dengan ibu bapa masing-masing.

Melihat kepada spekulasi yang tersebar, agensi wanita itu turut memberi respons.

“Kami dalam proses untuk mengesahkan khabar angin tersebut dengan Park Min-young sendiri.

“Dia kini sedang menjalani penggambaran drama Love in Contract, jadi pengesahan fakta terpaksa ditangguhkan dan kami memohon maaf atas kesulitan tersebut,” kata mereka.

POPULAR