fbpx

Makcik ‘ganas’ bawa penyapu leraikan pelajar mahu bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan seorang wanita menyuraikan kumpulan pelajar yang ingin memulakan pergaduhan. -Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang wanita membubarkan beberapa kumpulan pelajar sekolah yang ingin memulakan pergaduhan di jalan raya, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @kabat_tebet itu dirakam dalam kejadian yang berlaku di Jakarta. 

Wanita berbaju biru itu dilihat membawa sebatang penyapu untuk menghalau pelajar sekolah yang berkumpul sebelum memulakan pergaduhan.

Dia sesekali mengomel dan menghalau pelajar yang masih memakai pakaian seragam sekolah yang ditemuinya. 

“Saya akan lapor kepada polis, tunggu mereka datang selepas ini,” katanya.

Beberapa pelajar lelaki yang berkumpul di simpang jalan dilihat melarikan diri ketika wanita itu menghampiri mereka. Dia terus berjalan sehingga kumpulan pelajar itu bersurai.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Terima kasih atas keprihatinan anda terhadap anak-anak, anda telah mewakili ramai ibu bapa,” kata seorang netizen. 

“Hidup makcik, terima kasih kerana anak-anak hanya takut makcik bawa penyapu,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI