fbpx

Kelab EPL tanggung rugi besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN EPL dilihat sebagai liga paling berisiko kerana mencatat jumlah kecederaan yang tinggi sekali gus menyebabkan kerugian kepada kelab. – AFP

LONDON – Liga Perdana Inggeris mencatatkan jumlah tertinggi pemain yang mengalami kece­deraan dalam kelompok lima liga terbaik di Eropah.

Saingan tersebut musim 2021/22 mencatatkan 1,231 kes kecederaan, sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding musim sebelum itu hanya melibatkan 938 kes.

Kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat insurans antarabangsa, Howden, Chelsea menjadi pasukan tertinggi mencatat isu kecederaan dengan 97 kes, Manchester United (81), manakala Liverpool yang bersaing dalam banyak kejohanan hingga penghujung musim berdepan 80 kes.

United menanggung jumlah kos sebanyak £26.72 juta (RM133.98) melibatkan gaji yang dibayar serta rawatan termasuk pembedahan iaitu tertinggi di EPL sekali gus menyumbang 14.5 peratus daripada keseluruhan kos melibatkan pasukan di liga berkenaan.

Masalah kecederaan bukan sahaja merencatkan perancangan pasukan, tetapi kelab EPL juga terpaksa menanggung kerugian berjumlah £184.57 juta (RM925.49 juta) jauh meninggalkan jumlah kerugian ditanggung kelab La Liga Sepanyol yang mencatat jumlah kerugian £109.34 juta (RM548.26 juta).

Bagi keseluruhan kerugian yang ditanggung oleh kelab-kelab yang beraksi dalam lima liga utama Eropah musim lalu mencatatkan kerugian £513.23 juta (RM2.57 bilion), meningkat kira-kira 29 peratus berbanding sebelum itu.

Musim lalu menyaksikan ke­seluruhan isu kecederaan dalam kesemua liga terbabit meningkat sebanyak 20 peratus berbanding musim 2020/21 yang mencatat angka 4,810 kes.

Sementara itu, Paris Saint-Germain pula menjadi pasukan yang terpaksa mengeluarkan dana paling banyak iaitu kira-kira £34.22 juta (RM171.59) untuk menampung kos-kos akibat kece­deraan yang dialami pemainnya yang rata-rata turut memiliki gaji yang cukup tinggi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI