fbpx

Datuk Bandar Shah Alam dipanggil SPRM hanya bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan dakwaan berhubung penahanan Datuk Bandar Shah Alam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap tender projek tebatan banjir.

MBSA turut menegaskan tiada isu dibebaskan dengan jaminan RM50,000 oleh seorang penjamin.

“Datuk Bandar Shah Alam hanya dipanggil untuk membantu siasatan oleh pihak SPRM pada petang Rabu lalu.

“Beliau kemudiannya telah kembali melaksanakan kerja seperti biasa di pejabat semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MBSA, pihaknya akan sentiasa sedia memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu melengkapkan siasatan dengan pihak SPRM.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan seramai sembilan individu termasuk kakitangan MBSA ditahan bagi membantu siasatan kes pemberian projek kerajaan Selangor kepada kartel-kartel tertentu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI