fbpx
PENDUDUK perumahan di Jalan Bakawali, Johor Jaya di Johor Bahru membantah pembinaan rumah mayat berdekatan kediaman mereka semalam.

Bantah bina rumah mayat 3 meter dari kediaman penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Penduduk Jalan Bakawali, Johor Jaya, di sini menolak projek pembinaan sebuah rumah mayat masyarakat Tionghua yang terletak tiga meter dari kediaman mereka.

Seorang penduduk, Mark Lee, 43, berkata, projek itu dibina sejak enam bulan lalu, namun hingga kini tiada sebarang papan tanda pemakluman dipamerkan.

“Sebelum dikhabarkan bakal dibangunkan sebuah kawasan perumahan kos rendah, namun projek berkenaan terhenti. Kini yang berjalan pembinaan sebuah rumah mayat masyarakat Tionghua hampir dengan rumah kami.

“Persoalannya, bagaimana projek besar seperti ini boleh dilaksana sedangkan pemaju difahamkan masih belum ada kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT),” dakwanya semalam.

Seorang lagi penduduk, G. K. Lim, 58, berkata, penduduk juga telah bertanyakan kepada pemaju tentang pembinaan rumah mayat, namun mereka maklumkan telah membuat hebahan melalui akhbar berbahasa Cina.

“Saya bimbang kerana rumah mayat ini akan melibatkan ba­nyak proses pembakaran mayat dan pastinya asap yang terhasil akan menyebabkan penduduk berasa kurang selesa,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Liow Cai Tung berkata, pihaknya akan menghubungi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan juga Pejabat Daerah Johor Bahru berhubung jarak pembinaan rumah mayat dengan rumah penduduk hanya kira-kira tiga meter. -KOSMO! ONLINE

POPULAR