fbpx

‘Sambung ayat al-Quran dapat RM50’ jadi fenomena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video seorang pemilik akaun TikTok membuat cabaran sambung bacaan ayat al-Quran.

PETALING JAYA – Dengan memegang plakad tertera ‘sambung ayat al-Quran dapat RM50’, seorang pencipta kandungan di TikTok berjaya mencuri perhatian netizen yang dahagakan kandungan bermanfaat di media sosial.

Pemiliknya, Abdul Qawiy melahirkan keseronokan apabila perkongsiannya berlatarbelakangkan Dataran Merdeka itu umpama suatu fenomena apabila berjaya meraih tontonan lebih 2 juta pengguna media sosial.

“Alhamdulillah, terima kasih AQ Geng Insya-Allah saya akan perbanyakkan konten macam ni,” ujarnya.

Dalam rakaman video ‘sambung ayat al-Quran dapat RM50’ itu seorang budak lelaki turut dilihat ingin menyahut cabaran tersebut, namun gagal.

Namun ayahnya yang dikenali sebagai Muhd Ridhwan berjaya menyambung bacaan dengan alunan yang cukup indah sekali gus menerima wang tunai RM50.

Mendapat lebih 438,000 tanda suka dan 8,877 perkongsian, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja dan berharap agar banyak lagi kandungan sedemikian dihasilkan di media sosial.

“TikTokers dan Youtubers kat luar sana tolong buat konten macam ni banyak-banyak. Sejuk je hati dengar,” komen Achery.

“Tiba-tiba rasa macam dengar imam solat terawih, sedap bacaan tu,” puji DapurBonda.

“Alhamdulillah seorang hamba Allah buat konten paling hebat macam ni dapat pahala, rezeki luas, jiwa tenang, sedekah dan situasi sempurna,” kata seorang lagi pengguna, MeyraMiaa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI