fbpx

Pengadu beritahu Fairuz terima mesej, gambar lucah Ebit – Firdaus Wong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Firdaus ketika tiba di Mahkamah Majistret Tenom bagi menghadiri perbicaraan kes gangguan seksual dikaitkan dengan Ebit Lew.

TENOM – Pendakwah, Firdaus Wong, hari ini memberitahu mahkamah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM) diasaskannya memainkan peranan memberi pertolongan daripada segi kaunseling, psikiatri, guaman, dan kewangan kepada golongan kanak-kanak perempuan, remaja perempuan serta wanita yang terlibat dalam kes-kes berkaitan seksual.

“Antara kes yang dibantu MRM termasuklah kes seorang pengadu wanita (identiti tidak boleh didedahkan) yang dikaitkan dengan perbicaraan ini.

“Pengadu memberitahu kepada sahabat saya, Akhi Fairuz bahawa dirinya menerima mesej-mesej serta gambar berunsur lucah daripada Ebit Lew,” katanya ketika prosiding perbicaraan di sini hari ini.

Firdaus berkata demikian bagi menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad yang bertanya mengenai kes berkaitan seksual wanita yang pernah ditangani oleh Sayap Wanita MRM.

Firdaus Wong atau nama sebenarnya Firdaus Wong Wai Hung, 39, menjadi saksi pendakwaan ketiga bagi perbicaraaan kes gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom

Beliau dipanggil bagi membuat keterangan pada sesi perbicaraan sebelah petang yang dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Perbicaraan hari ketiga ditangguhkan pada pukul 4.30 petang tadi dan disambung semula esok.

Sementara itu, saksi pendakwaan kedua, Asisten Superintendan, Salwani Mohd Hadzir,40, memaklumkan mahkamah dia hanya mendapat arahan bagi merampas telefon bimbit milik Mohd Fairuz Abu berkaitan tiga laporan polis yang sedang disiasat.

Katanya, rampasan telefon bimbit milik saksi dibuat susulan tiga laporan polis yang sedang disiasat namun dia tidak pasti sama ada saksi pendakwaan pertama turut disiasat bagi ketiga-tiga laporan polis tersebut namun sedia maklum rampasan itu dibuat berkaitan dengan Ebit Lew. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI