fbpx
HIDANGAN disediakan oleh cef berpengalaman dalam bidang masing-masing. –FAIZ ALIF AHMAD

Bufet lengkap Timur, Barat membuka selera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJAK sekian lama, hotel sering dikaitkan dengan sebuah tempat yang menawarkan pilihan bilik penginapan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan.

Hakikatnya, ramai tidak sedar bahawa hotel merupakan salah satu lokasi terbaik untuk menikmati pelbagai hidangan lazat, selain restoran dan kedai makan.

Biasanya, makanan di hotel disediakan oleh cef berpengalaman luas dalam bidang masakan, sekali gus membolehkan sajian diketengahkan lebih menyelarakan berbanding tempat-tempat lain.

Salah satu lokasi terbaik untuk menikmati hidangan lazat hasil air tangan cef terkemuka di Lembah Klang adalah di Melo Cafe & Deli, The Pearl Kuala Lumpur.

Hotel kelas pertama terletak di Jalan Klang Lama itu kembali memperkenalkan bufet King of Grill kepada para tetamu selepas negara berjaya keluar daripada belenggu pandemik Covid-19.

Ketua Cef The Pearl, Roskaimi Rosli berkata, bufet King of Grill menawarkan lebih 100 hidangan daripada pelbagai pelusuk dunia sama ada Barat, Timur atau tempatan.


TIRAM keju bakar nampak begitu menyelerakan sesiapa sahaja.

“Kami berasa sangat gembira dapat menawarkan kembali bufet King of Grill. Bufet ini ditawarkan pada Jumaat dan Sabtu sahaja dengan pelbagai hidangan cukup menyelerakan.

“Bufet ini ada makanan Barat, Jepun, China dan tidak ketinggalan tempatan. Beberapa hidangan dalam bufet ini akan ditukar setiap minggu,” katanya ketika ditemu bual Kosmo! baru-baru ini.

Antara hidangan utama yang ditawarkan adalah kuetiau goreng, mi goreng, nasi goreng, tako, dim sum, ramen, piza, tiram bakar keju, itik masak kicap, ayam masak merah dan daging rendang.

Menurut Roskaimi, hidangan signatur bufet King of Grill adalah sajian barbeku yang dihasilkan menggunakan resipi perapan sendiri dengan kombinasi cita rasa Barat dan Timur.

“Antara sajian barbeku popular kami adalah marinated lamb shoulder, chicken chop, mini beef steak dan assorted skewers, ikan fillet bakar, sotong bakar dan udang bakar.


HIDANGAN seafood menggunakan resipi perapan sendiri bersedia untuk dibakar.

“Keistimewaan barbeku di sini, kami menggunakan perapan home made dan sos teriyaki. Bagi mince beef steak pula, kami menggunakan daging batang pinang,” terangnya.

Bufet turut menawarkan hidangan pencuci mulut menyelerakan berupa aneka kek, kuih-muih tradisional, buah-buahan dan salad.

Bufet King of Grill ditawarkan pada harga RM118 bagi dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN