fbpx
MESSI meledak dua gol ketika membantu Argentina menewaskan Jamaica pada aksi persahabatan antarabangsa pagi semalam. – AFP

Argentina jelas sudah bersedia tawan Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW JERSEY – Argentina me­raih kemenangan moral terakhir sebelum ke pentas Piala Dunia sekali gus melebarkan rekod 35 perlawanan antarabangsa tanpa kalah selepas menewaskan Jamaica 3-0 pada aksi persahabatan di Stadium Red Bull Arena pagi semalam.

Pada aksi tersebut, skuad La Albiceleste tidak mempunyai masalah untuk merekodkan kemenangan hasil jaringan Julian Alvarez dan dua gol sumbangan kapten pasukan, Lionel Messi.

Keputusan tersebut menyaksikan Argentina kekal dengan rekod tanpa kalah sejak 2019 dan semakin menghampiri rekod antarabangsa 37 perlawanan yang dilakukan oleh Itali pada 2018 hingga 2021.

Pengendali Argentina, Lionel Scaloni mengakui lega apabila pasukan ‘lulus’ ujian terakhir dengan kini tumpuan boleh diberikan sepenuhnya pada kempen Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar pada November depan.

“Saya gembira dengan keputusan yang diraih kali ini dan apa yang kita lakukan sejak empat tahun lalu cukup positif kerana barisan kejurulatihan sentiasa bekerja keras memberikan yang terbaik buat pasukan.

“Mengenai perlawanan, Jamaica adalah pasukan yang berkualiti dan jelas mereka memiliki kekuatan fizikal, tetapi barisan pemain jadikan situasi tersebut sebagai cabaran dengan merekodkan kemenangan bergaya,” katanya.

Sementara itu, Scaloni turut memberi bayangan perbinca­ngan sedang dibuat dengan Persatuan Bola Sepak Argentina untuk melanjutkan kontrak jangka panjang selepas tamat kempen Piala Dunia nanti.

“Sudah pasti saya mahu kekal menjawat jawatan ini kerana Argentina adalah salah satu kuasa­ bola sepak terbesar dunia. Hubungan saya dengan persa­tuan juga baik dan harap keputusan positif dapat dicapai dalam masa terdekat,” katanya. – AGENSI

POPULAR