fbpx

3,972 penagih, tokan termasuk enam penjawat awam diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 3,972 orang penagih dan tokan ditahan termasuk enam penjawat awam atas pelbagi kesalahan dadah menerusi Op Tapis Khas Siri 6 yang dijalankan pada 26 hingga 28 September lalu.

Operasi yang dilakukan di seluruh negara itu melibatkan seramai 1,864 anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN semua kontinjen.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, kesemua yang ditahan adalah berusia antara 14 hingga 70 tahun.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 501 tokan dadah berjaya ditangkap terdiri daripada 12 warga asing, manakala selebihnya merupakan warga tempatan.

“Bagi penagih, seramai 1,856 orang ditahan meliputi 54 warga asing, dua penjawat awam dan seorang pelajar.

“Untuk lain-lain kesalahan, seramai 1,410 orang terdiri daripada 74 warga asing dan empat penjawat awam selain 205 orang dikehendaki turut ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, polis merampas sebanyak 81.12 kilogram dan 1,433 liter pelbagai jenis dadah serta senjata api dianggarkan bernilai RM294,029.

“Pihak JSJN turut menyita pelbagai aset antaranya wang tunai, barang kemas dan kenderaan menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1,186,710,97,” ujarnya.

Justeru, katanya, Op Tapis Khas Siri 1 sehingga Siri 6 telah berjaya menangkap seramai 24,533 orang atas pelbagai kesalahan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI