fbpx

Tiada kes culik budak di SK Bukit Rambai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Polis menafikan dakwaan berlakunya kes penculikan melibatkan kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rambai di sini seperti yang tular dalam aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sejak semalam pihaknya mengesan dua rakaman suara lelaki memberi maklumat palsu berhubung kejadian culik di WhatsApp yang kemudiannya tular di beberapa platform media sosial lain.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah mengesan dua rakaman suara yang mendakwa berlaku penculikan di SK Bukit Rambai dengan suspek menaiki sebuah kereta. Satu lagi rakaman mendakwa ia melibatkan van di kawasan Bukit Rambai.

“Polis mengesahkan tiada sebarang laporan diterima berkaitan jenayah itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, tular dua kiriman suara lelaki di dalam aplikasi WhatsApp masing-masing mendakwa kononnya berlaku penculikan pelajar di sekolah berkenaan, manakala seorang lagi dilarikan sebuah van tidak dikenali sebaik mangsa turun dari van sekolah.

Di dalam audio itu juga, lelaki terbabit membuat hebahan mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak bagi mengelak menjadi mangsa culik penjenayah.-KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI