fbpx

Kes Ebit Lew: Buat laporan di Bukit Aman pilihan pengadu, suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit ketika berada di Mahkamah Majistret Tenom hari ini. - Foto: Ivan Amirul

TENOM – Pakar motivasi, Mohd.Fairuz Abu memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa dia ada mencadangkan pengadu wanita (identiti tidak boleh didedahkan) membuat laporan polis di Sabah.

Saksi pendakwaan pertama itu menyatakan keputusannya membuat laporan polis di Bukit Aman adalah pilihan pengadu selepas membuat perbincangan dengan suaminya.

“Ia datang daripada pihak pengadu sendiri dan suami sebabnya seperti yang saya sebutkan semalam. Pengadu beritahu dia takut membuat laporan di Balai Polis Tenom disebabkan ada saudaranya yang bertugas di balai tersebut.

“Tenom ini sebuah daerah kecil dan ramai orang boleh tahu kalau dia buat ‘report’,” katanya pada prosiding hari kedua perbicaraan kes gangguan seksual yang dihadapi pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Mohd Fairuz berkata demikian bagi menjawab soalan peguam Ram Singh pada sesi pemeriksaan balas hari ini.

Sementara itu, Mohd Fairuz turut menyatakan hantaran di laman Facebook dimuat naik dengan mencadangkan wanita lain yang menjadi mangsa supaya menghubunginya bagi kaunseling serta bantuan.

Ini selepas laporan polis dibuat seorang lagi pengadu wanita lain yang identitinya tidak boleh didedahkan pada 26 Julai 2021.

Mohd Fairuz berkata, hantaran itu juga dibuat selepas hasil perbincangan dengan Firdaus Wong dan juga peguam Multiracial Reverted Muslims (MRM).

“Ia bertujuan bagi membantu mana-mana wanita atau mangsa gangguan seksual untuk tampil membuat laporan.

“Selepas itu, semua aduan pengadu akan diserahkan kepada Sayap Wanita MRM yang mempunyai kaunselor dan pakar psikologi,” katanya.

Terdahulu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di mahkamah pada pukul 10.15 pagi bagi perbicaraan hari kedua dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI