fbpx

Ramai susun ‘puzzle’ teka wajah Bilal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muka Bilal masih ditutup, Neelofa dianggap main perasaan ramai.

PETALING JAYA – “Jangan seksa batin netizen boleh tak Neelofa? Ramai dah mula susun ‘puzzle’ muka Muhammad Bilal dengan ‘hint’ yang dah ada.”

Demikian luahan seorang pengikut Neelofa yang kecewa dengan tindakan selebriti popular itu kerana masih enggan mendedahkan wajah putera sulungnya.

Terbaharu, Neelofa memuat naik satu video memaparkan wajah Bilal yang ditutup dengan pelitup muka serta diletakkan emoji cermin mata hitam bersama donut telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Menjengah di ruangan komen, beberapa pengguna media sosial itu memaklumkan mereka dalam proses menyiapkan satu lukisan ‘puzzle’ Bilal menggunakan gambar-gambar sebahagian wajah dan bentuk badan bayi tersebut yang dikongsi Neelofa sebelum ini.

“Hari itu Neelofa tunjuk gambar kaki, tangan dan sekarang muka Bilal, dah hampir siap ‘puzzle’, moga Bilal terus jadi anak yang soleh,” ujar seorang pengguna.

Dalam masa sama, seorang pengguna lain sempat berseloroh meminta Neelofa memberikan pengumuman lebih awal sekiranya mahu mendedahkan wajah penuh anaknya itu nanti.

“Kalau nak dedahkan beritahu awal. Nak ambil cuti,” katanya.

Sehingga kini, wajah Bilal masih menjadi tanda tanya ramai dan rata-rata netizen seolah-olah tidak sabar untuk melihatnya anak pasangan Neelofa dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd. Ismail itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI