fbpx
Bapa Qi Razali meningal dunia malam tadi pada usia 87 tahun.

Bapa Qi Razali meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Bapa kepada pelakon dan pengacara, Qi Razali iaitu Muhammad Razali Abdullah disahkan meninggal dunia malam tadi.

Berita duka tersebut disampaikan sendiri Qi atau nama sebenarnya Muhammed Razali Abdullah dalam Instgramnya sebentar tadi.

“Assalamualaikum. Ayah saya baru pulang ke rahmatullah malam tadi.

“Saya nak mintak semua yang mengenali saya dan keluarga untuk sedekahkan surah Al-Fatihah dan doakan yang baik-baik untuk arwah ayah saya, Muhammed Razali Abdullah.

“Jika dia pernah tersalah kata, harap ampunkan, jika ada hutang yang belum langsai harap halalkan. Semoga tenang Papa di sana,” tulisnya tanpa mendedahkan punca pemergian ayahnya itu.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut mendoakan agar Allahyarham ayahnya itu diberi keampunan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Takziah buat Qi sekeluarga. Semoga Allahyarham papa awak ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” tulis pengikut.

Difahamkan, Allhyarham yang juga bekas pengarang dan penyair menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.50 malam pada usia 87 tahun. – KOSMO! ONLINE

POPULAR