fbpx

Suspek kes bunuh Datin larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita warga emas bergelar 'Datin' maut dalam kejadian di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini malam tadi. FOTO : NOR AINNA HAMZAH.

SEREMBAN – Suspek utama yang dipercayai terlibat dalam kes samun sehingga menyebabkan kematian seorang wanita bergelar Datin di rumah wanita itu di Taman Paroi Jaya di sini pada Jumaat lalu dipercayai menghilangkan diri.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pihaknya kini memburu lelaki tersebut bagi membantu siasatan kematian mangsa, Datin Noraida Nordin, 75.

Ahmad Dzaffir berkata, berdasarkan keterangan yang direkodkan daripada ahli keluarga mangsa, suspek lelaki itu dikatakan individu terakhir datang ke rumah warga emas tersebut sebelum mangsa ditemui tidak sedarkan diri.

“Ketika ini, pihak polis masih mengesan lelaki itu (suspek utama) kerana dia dipercayai menghilangkan diri selepas kejadian, telefon bimbitnya juga dimatikan.

“Berdasarkan maklumat yang diterima daripada suami si mati yang berusia 82 tahun, suspek dikatakan ke rumah mangsa. Jadi menjadi persoalan kenapa lelaki itu melarikan diri dan gagal dihubungi?” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir menambah, motif kejadian juga masih dalam siasatan memandangkan suspek sedang diburu. Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis meminta individu bernama Mohd. Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, dengan alamat terakhir di Kampung Berkat Chembong, Rembau untuk tampil bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat juga diminta untuk menyalurkannya ke Ibu Pejabat Daerah Seremban atau mana-mana balai polis terdekat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI