fbpx

Puluhan korban feri karam di Bangladesh, ramai masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekitar 70 orang dikatakan menaiki feri tersebut. – AFP/Getty

DHAKA – Sekurang-kurangnya 32 orang terkorban dan berpuluh-puluh lagi hilang selepas sebuah feri yang dinaiki sebilangan penganut agama Hindu karam di Bangladesh, lapor akhbar New York Post semalam.

Seorang pegawai tempatan berkata, nahas melibatkan jalan air itu adalah yang paling buruk melanda Bangladesh dalam tempoh lebih setahun.

Sebilangan mayat ditemui termasuk 12 wanita dan lapan kanak-kanak, kata pentadbir daerah Panchagarh, Jahurul Islam iaitu lokasi di mana kemalangan itu berlaku.

“Operasi menyelamat mangsa yang masih hilang sedang diteruskan,” kata Jahurul nya sambil menambah bahawa ketika kejadian, feri itu sedang membawa ramai penumpang yang terdiri daripada penganut Hindu ke sebuah kuil sempena upacara keagamaan.

Menurutnya, sebuah jawatankuasa turut dibentuk untuk menyiasat kejadian itu.

Polis memaklumkan bahawa hampir 20 orang masih hilang, manakala sebilangan penumpang sama ada berjaya berenang ke daratan atau diselamatkan.

Beratus-ratus orang terkorban pada setiap tahun dalam kemalangan feri di Bangladesh. Negara itu mempunyai laluan air ke pedalaman yang luas dengan piawaian keselamatan yang longgar.

Sekurang-kurangnya 34 orang maut pada April tahun lalu selepas sebuah feri yang sesak bertembung dengan sebuah kapal kargo sebelum karam di Sungai Dhitalakhsya, luar ibu negara Bangladesh, Dhaka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI