fbpx

Guru rugi hampir RM170,000 tertipu tunggakan cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PONTIAN – Seorang guru wanita kerugian RM167, 952. 00 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, mangsa yang berusia 50 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek pada pertengahan Februari lalu.

Katanya, suspek memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan cukai sebelum talian disambungkan kepada seorang lagi individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

‘Pegawai polis’ itu kemudian memberitahu mangsa terlibat dengan pengubahan wang haram dan suspek menawarkan bantuan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Mangsa perlu membuat bayaran ke akaun yang diberikan suspek. Wanita itu mempercayainya dan membuat pembayaran pertama sebanyak RM30,000 pada Februari lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohammad Shofee memberitahu, mangsa hanya menyedari dia ditipu apabila wangnya berjumlah RM167,952.00 yang dipindahkan tidak dikembalikan.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian di sini kelmarin.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI