fbpx

Bertahun berniaga, jualan kekal sama?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USAHAWAN disarankan supaya selalu berkongsi testimoni daripada pelanggan bagi merancakkan lagi jualan. – GAMBAR HIASAN

PERSOALAN di atas ini saya suka kongsikan kepada pembaca pada minggu ini.

Ia terdetik selepas saya melihat dan mendengar sendiri situasi sesetengah usahawan yang dilihat ‘selesa’ selepas lapan tahun, malah ada yang mencecah berbelas tahun berniaga.

Mereka ini hanya mencapai jualan sekitar RM20,000 hingga RM30,000 setahun, sedangkan saya tahu dan percaya, mereka sebenarnya boleh sahaja mencapai RM1 juta pertama.

Ini bukan sembang kencang, sebab saya bersama RichWorks sudah melatih dan membimbing usahawan selama 15 tahun di negara ini.

Sejak 2019, seramai 326 usahawan berjaya capai jualan RM1 juta pertama mereka di bawah bimbingan RichWorks dan daripada jumlah tersebut, seramai 72 usahawan jutawan dilahirkan tahun lalu.

Kami ada formula, strategi yang proven success dan ilmu terkini dalam membantu membina bisnes yang berjaya, insya-Allah.

Sebab itu pada awal bulan lalu, sekiranya anda perasan RichWorks telah berkolaborasi bersama Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia bagi membimbing sekitar 30 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mereka.

Malah pada Rabu lalu, kami turut memulakan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam usaha rintis bagi membimbing 25 usahawan desa untuk ditransformasikan menjadi usahawan jutawan desa.

Alhamdulillah, kami sangat bersyukur dengan kepercayaan diberikan kedua-dua kementerian di Malaysia dan Indonesia bagi membimbing usahawan membina bisnes berjaya.

Ini tak mungkin berlaku, tanpa bukti-bukti, testimoni latihan dan bimbingan saya serta RichWorks dalam melahirkan usahawan dan bisnes yang berjaya.

Hal bukti dan testimoni ini penting dalam bisnes, adakah anda berkongsikan result atau testimoni pelanggan dan klien yang menggunakan produk serta perkhidmatan anda dengan secukupnya?

Kajian yang dibuat menyaksikan bahawa sembilan daripada 10 individu lebih mempercayai result pelanggan, berbanding apa yang didakwa oleh usahawan itu mengenai bisnes mereka sendiri.

Result ini saya boleh katakan umpama ‘cap mohor’ bagi kelulusan yang diperlukan oleh bakal pelanggan-pelanggan anda.

Perkara ini sangat penting, apatah lagi ketika pengguna kini semakin berhati-hati berbelanja dengan kemerosotan kuasa beli yang antaranya disebabkan oleh kenaikan kadar inflasi dan kadar faedah pinjaman bank, penyusutan nilai matawang serta pelbagai faktor lain.

Bukan itu sahaja, apabila kos operasi juga semakin naik, adakah anda seorang usahawan mampu bertahan?

Lebih serius, adakah bisnes anda akan masih wujud esok? Cuba fikir-fikirkan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI