fbpx

[VIDEO] 11 kediaman dekat sungai Kampung Lada dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO keadaan paras sungai di Kampung Lada, Bayan Lepas, di sini pagi tadi sehingga menjejaskan kediaman penduduk berhampiran.

BALIK PULAU – Kira-kira 11 buah kediaman yang terletak di Kampung Lada, Bayan Lepas di sini dinaiki air dalam kejadian hujan lebat selama hampir dua jam sejak pagi tadi.

Hujan lebat tanpa henti mulai pukul 7.30 pagi itu menyebabkan air sungai yang terletak berhampiran perkampungan itu melimpah keluar hingga ke kawasan rumah penduduk.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kampung Bukit, Harizal Harun berkata, paras air dilaporkan naik kira-kira tiga meter iaitu menyamai paras lutut hingga pinggang kira-kira pukul 9 pagi tadi.

“Bagaimanapun, tiada laporan kemalangan jiwa direkodkan melibatkan penghuni kediaman terbabit dan kesemua mereka masing-masing berada di dalam rumah.

“Ketika ini juga (10.30 pagi) air mulai surut dan penduduk kini sedang bertungkus-lumus membersihkan kawasan kediaman mereka yang terjejas,” katanya kepada Kosmo! di sini sebentar tadi.

Turut berada di lokasi terbabit adalah pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan agensi berkaitan bagi memantau keadaan paras sungai serta keselamatan penduduk.

Dalam perkembangan berkaitan, kejadian hujan lebat turut mengakibatkan beberapa lagi kawasan di sekitar Bayan Lepas termasuk di bulatan dekat laluan utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Sungai Ara dan Bayan Baru turut dinaiki air.

Ketika ini, hujan renyai di beberapa daerah negeri ini termasuk di Seberang Perai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI