fbpx

Zul Ariffin pindah Mekah tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Aktor Zul Ariffin nekad berhijrah dan menetap di Mekah bermula Januari tahun hadapan bagi memulakan perniagaan di sana.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin berkata, perniagaan tersebut sudah lama dirancang dan sekarang adalah waktu paling tepat untuk melaksanakan impiannya.

Pelakon Sangkar itu bagaimanapun tetap akan berulang-alik ke tanah air jika ada komitmen dengan karier lakonan.

“Sekarang ini saya dalam proses untuk pindah. Saya akan ke sana bermula Januari untuk urusan perniagaan.

“Saya memang akan menetap di sana, tapi pastinya akan sering kembali ke Malaysia untuk berlakon juga.

“Sebenarnya sudah lama rancang perniagaan ini dan akhirnya termakbul. Perniagaan yang memang bertapak di Mekah itu memerlukan saya untuk tinggal di sana,” katanya.

Jelas pelakon berusia 36 tahun itu, walaupun bakal memulakan kehidupan baharu di sana nanti, itu bukan indikasi atau alasan untuknya memperlahankan kerjaya seni di Malaysia.

“Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon.

“Lagipun sudah ada banyak perancangan yang telah dibuat bersama pihak pengurusan di sini

“Kalau kita tengok, sekarang ini industri seni semakin rancak selepas tempoh pandemik. Filem pun dah makin banyak ditayangakn di pawagam. Rugilah kalau saya perlahan kerjaya seni,” ujarnya.

Ditanya mengenai keterujaan memulakan fasa hidup baharu bergelar ahli perniagaan kelak, Zul sebenarnya sudah tidak sabar untuk lebih bijak membahagikan masa antara kerja seni dan bisnes.

“Saya amat teruja walau tahu akan jadi penat. Bagi saya itu adalah sesuatu yang bagus kerana masih lagi produktif walaupun penat, berbeza daripada tidak produktif dan langsung tidak berbuat apa-apa,” katanya selepas sidang media filem terbaharunya, Tablis Iblis arahan Kabir Bhatia di Panggung Asia semalam.

Tablis Iblis yang membariskan pelakon hebat lain seperti Nasha Aziz, Azira Syaninaz dan Jay Iswazir bakal menemui penonton di pawagam bermula 20 Oktober nanti.

Hujung bulan lalu, Zul yang berada di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) selama beberapa hari atas urusan kerja berpeluang mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah sebelum pulang semula ke tanah air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI