fbpx

Juruteknik didakwa pecah rumah, larikan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kek Wui dihadapkan di di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

SEREMBAN – Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan pecah rumah dan melarikan kenderaan di sekitar Port Dickson pada 14 September lalu.

Tertuduh, Chong Kek Wui, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Diana Md. Razali.

Mengikut pertuduhan pertama, Kek Wui didapati telah melakukan pecah rumah ke atas sebuah rumah kediaman dengan niat untuk mencuri satu bentuk cincin berbatu jade warna hijau dan satu utas jam tangan jenama Omega.

Kesalahan itu dilakukan di Kampung Lukut Kecil Batu 3 1/2 Jalan Seremban, Port Dickson lebih kurang pukul 2.20 hingga 5 petang, 14 September lalu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika kesalahan kali kedua atau lebih.

Oleh kerana tertuduh pernah disabitkan dan dihukum oleh Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan di bawah seksyen yang sama, maka dia tertakluk kepada pemberatan di bawah Seksyen 75 kanun yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, Kek Wui didapati telah mencuri sebuah kereta Toyota Vios iaitu kesalahan yang boleh didakwa di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu dilakukan di lokasi dan masa yang sama seperti pertuduhan pertama.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara minimum satu tahun dan maksimum tujuh tahun serta boleh dikenakan denda.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulfikri Mohd. Nasir tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon jaminan yang rendah atas alasan merupakan penanggung tunggal keluarga dan mempunyai dua orang anak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan pada setiap hari Sabtu minggu pertama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI