fbpx
Gambar hiasan.

12 kematian akibat Covid-19 semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kes harian Covid-19 menunjukkan peningkatan kepada 2,245 kes semalam dengan enam kes import berbanding 2,111 kes kelmarin sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 4,826,220 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan pertambahan 332 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 25,659 kes.

Sejumlah 1,901 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,764,219 orang.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 581 kes diikuti Kuala Lumpur (523), Perak (182), Sabah (178), Negeri Sembilan (137), Sarawak (136), Pulau Pinang (103), Melaka (91), Kedah (76), Kelantan (70).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Pahang (50), Johor (40), Terengganu (34), Putrajaya (27), Perlis (sembilan) dan Labuan (lapan),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak 12 kematian dilaporkan dengan tujuh kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,342 dan BID 7,729.

Sebanyak 24,440 kes dikuarantin di rumah, satu kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,163 kes di hospital, 20 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 35 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.-KOSMO! ONLINE

POPULAR